Ramuan Kimchi bokkeumbap

Sisa nasi dan/atau kimchi yang terlebih matang sering digunakan sebagai bahan untuk menyediakan kimchi bokkeumbap.[2] Kimchi yang terlebih matang juga digunakan untuk memasak kimchi jjigae.[1] Malah, kimchi yang matang dan nasi sejuk menhasilkan rasa yang lebih enak berbanding nasi dan kimchi yang baru masak.[2] Sebagai persediaan awal, lebihan "kimchiso" (hangul: 김치소, isi kimchi, kebanyakannya daikon, daun bawang dan jeotgal, dan makanan laut yang ditapai dan diasinkan) diambil daripada kimchi, dperah untuk mengeluarkan jusnya. Tanpa tindakan ini, masakan mungkin akan menjadi lembik.

Bersama-sama kimchi dan nasi, kimchi bokkeumbap boleh juga mengandungi bahan lain.[2] Daging babi atau spam adalah yang paling lazim; walau bagaimanapun, daging lembu, daging ayam, dendeng babi, atau ham juga boleh digunakan. Selain daging. tuna dalam tin, udang, atau cendawan juga boleh digunakan sebagai ganti, yang nama bahan tersebut mungkin menjadi nama tamabahan bagi nama makanan ini seperti "beoseot kimchi bokkeumbap" (hangul: 버섯김치볶음밥, "kimchi bokkeumbap cendawan"). Bahan daging dipotong kecil sebelum dimasukkan bersama dengan sayuran seperti bawang besar, lobak merah atau zukini. Walau bagaimanapun, bahan tersebut bergantung kepada pilihan seseorang. Sedikit bawang putih kisar atau hirisan lada benggala juga boleh digunakan sebagai bahan perisa. Bahan ini digoreng di dalam sedikit minyak sayur atau minyak bijan.

Selepas makanan ini dimasak, ia disajikan dalam pinggan atau mangkuk, dan telur goreng diletakkan di atasnya.[2] Hirisan gim, daun bawang atau bijan ditabur untuk menaikkan rasa dan mencantikkan hidangan.